Muzium Penjara didik generasi muda hargai nikmat kebebasan -

Muzium Penjara didik generasi muda hargai nikmat kebebasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pameran ‘Menjangkau Abad Dinding Penjara’ anjuran Jabatan Penjara menampilkan pelbagai artifak bersejarah penjara seluruh negara untuk tatapan orang ramai khususnya generasi muda.

Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Komisioner Penjara Supri Hashim berkata, pameran yang diadakan di Muzium Penjara, Banda Hilir di sini memberi gambaran jelas keadaan di 39 penjara seluruh negara termasuk beberapa lagi institusi di bawah pengurusan jabatan berkenaan.

Menurut beliau, kehadiran pelawat ke Muzium Penjara amat menggalakkan terutamanya pelajar sekolah.

“Mereka didedahkan dengan lawatan berpandu dan diberi penerangan tentang penjara. Melalui program mesej pula, kita akan libatkan bekas-bekas banduan untuk menceritakan betapa tingginya nilai kebebasan kepada pelawat.

“Ini adalah peluang terbaik kepada generasi muda untuk merasai pengalaman berada di penjara. Penjara biasanya diceritakan sebagai tempat hukuman, menakutkan dan gelap, tetapi sebenarnya ia merupakan institusi latihan dan pembangunan semula masyarakat yang tersasar.

“Sasaran kita biarlah anak-anak atau warga Malaysia yang berada di luar sana tidak masuk ke penjara. Kita tutup pintu dan kurangkan kemasukan ke penjara,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Pameran Menjangkau Abad Dinding Penjara di sini semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan negeri, Datuk Kalsom Noordin.

Sementara itu, Kalsom berkata, pameran yang berlangsung sehingga Disember itu dapat memupuk keinsafan kepada pelawat terutamanya pelajar sekolah.

Katanya, mereka dapat melihat sendiri apakah implikasi kepada diri jika melakukan jenayah meskipun yang tidak terlalu serius.

“Saya galakkan masyarakat datang beramai-ramai ke pameran ini khasnya kepada ibu bapa supaya membawa anak mereka untuk melihat sendiri kehidupan di penjara. 

“Sekurang-kurangnya kita dapat merasakan keinsafan atau lebih jelas lagi dapat mengurangkan jenayah-jenayah yang akan dilakukan,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.