MBSA giat jalankan simulasi menyelamat mangsa banjir -

MBSA giat jalankan simulasi menyelamat mangsa banjir

MOHD. Rashidi (depan, kiri) sedang memeriksa kelengkapan kenderaan milik MBSA pada Program Latih Amal dan Simulasi Menghadapi Banjir di Wisma MBSA hari ini.-UTUSAN/ ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bagi memantapkan kesiapsiagaan bagi menghadapi bencana banjir, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan Latih Amal dan Simulasi Menghadapi Banjir di lokasi Dewan Bankuet MBSA, Seksyen 14 Shah Alam dan Taman Tasik Shah Alam.

Menurut Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd.Rashidi Ruslan, program tersebut melibatkan penyertaan daripada warga kerja MBSA, agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

“Latih Amal dan Simulasi Menghadapi Banjir ini merupakan persediaan awal pihak MBSA bagi menghadapi bencana banjir agar bantuan dapat diberikan dengan efisien
dan efektif di dalam kawasan pentadbiran MBSA.

“Antara pengisian aktiviti adalah Taklimat Pengoperasian Bencana Peringkat Daerah oleh wakil Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Petaling, PDT Klang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Shah Alam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor dan penduduk Shah Alam melalui Majlis
Perwakilan Penduduk (MPP) serta Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Ketua Komuniti,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Latih Amal dan Simulasi Menghadapi Banjir di Wisma MBSA hari ini.

Mohd.Rashidi berkata, turut diadakan adalah Simulasi Bencana Banjir (Penyelamatan) di Taman Tasik Shah Alam.

“Simulasi ini dibahagikan kepada dua situasi iaitu menyelamatkan mangsa banjir dan menyelamatkan mangsa lemas di dalam air di bawah pemerhatian JBPM Shah Alam.

“Manakala itu, JKM Selangor turut menjadi pemerhati bagi pembukaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), pengurusan PPS seperti memberi rawatan awal, penyediaan keperluan asas dan pendaftaran mangsa serta penutupan PPS,”katanya.

Katanya lagi, sesi pascanilai turut diadakan setelah tamat Latih Amal dan Simulasi Menghadapi Banjir yang melibatkan laporan daripada JBPM Shah Alam serta JKM Selangor.

Mengulas lanjut beliau berkata, melalui Latih Amal dan Simulasi Menghadapi Banjir tersebut pihak MBSA menyasarkan agar pengendalian operasi dan gerakan menyelamat serta pengawasan bencana banjir di kawasan pentadbiran MBSA dapat dilaksanakan dengan teratur, berkesan dan mengikut perancangan Pelan Pengurusan Bencana MBSA. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya