Masih ada ruang UMNO-Pas bekerjasama - Utusan Malaysia

Masih ada ruang UMNO-Pas bekerjasama

ANNUAR Musa (depan, kanan) menyerahkan panji-panji kepada wakil sayap parti pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh & Pelancaran Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Melor, Kota Bharu, Kelantan.-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan masih ada ruang antara UMNO dan Pas untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, kedua-dua parti itu dilihat mampu menjadi tunjang utama dalam penyatuan politik berbanding parti-parti lain bagi menghadapi pilihan raya kali ini.

Katanya, sehubungan itu, pucuk pimpinan kedua-dua parti perlu mengambil pendekatan yang bijak untuk terus berikhtiar mencari jalan dan menggunakan setiap peluang yang ada untuk berunding.

“Dalam hal ini, kedua-dua parti tidak perlu terlalu emosi kerana muafakat dalam kalangan rakyat, pengundi dan akar umbi antara kedua-dua parti masih ada.

“Kita faham dan kita tidak mahu menekan Pas kerana mereka parti berdaftar. Jadi, bukan satu perkara yang mudah untuk mereka mahu mengumumkan keluar (Perikatan Nasional) semata-mata untuk bersama dengan UMNO,” katanya  selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di Melor di sini hari ini.

Annuar memberitahu, beliau melihat hanya UMNO dan Pas boleh menjadi tunjang untuk menerajui negara berbanding parti-parti lain.

Katanya, justeru, kerjasama antara UMNO dengan PAS amat penting malah peluang dan ruang yang ada perlu diterokai bagi membawa kepada peringkat yang lebih luas. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya