Mangsa kongsi cerita direnjat elektrik, makan sehari sekali di Myanmar  -

Mangsa kongsi cerita direnjat elektrik, makan sehari sekali di Myanmar 

TANGKAP layar perbualan di antara mangsa dengan MHO baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Renjatan elektrik dan mengangkat tong berat turun naik sehingga 100 kali antara penderitaan yang dihadapi mangsa dipercayai sindiket penipuan kerja di Myanmar

Menurut perkongsian seorang mangsa bersama Setiausaha Agung, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim dalam aplikasi media sosial, dia kini sudah buntu untuk mencari jalan keluar sejak tiba di sana kira-kira tiga bulan lalu apabila perlu berdepan dengan penderitaan tersebut. 

Katanya, ini kerana bangunan di sana diawasi 24 jam oleh individu yang bersenjata sekali gus menyukarkan misi melarikan diri. 

“(Sindiket) suruh cari sale, kalau tak dapat kena pukul. Hari-hari kena renjatan elektrik dan kena angkat tong atau besi berat turun naik 100 kali..pergi latihan askar pun tak macam ini. Kalau nak pukul, (sindiket) akan tangkap bawa masuk bilik gelap..pergi tempat askar khas mereka. 

“Kami nak keluar pun tak dapat keluar, (duduk) dalam bangunan saja sebab ada empat orang yang jaga hari-hari 24 jam, kami pun tak boleh buat apa kerana mereka ada senjata. Kalau dapat keluar pun mungkin masa hujan lebat orang tak dengar suara (baru) boleh cabut. 

“Saya pernah tanya mereka, perlu bayar berapa baru boleh pulang tetapi, mereka cakap tak boleh,” kongsinya. 

Jelas mangsa lagi, dia dan rakan-rakan juga mendapat layanan yang tidak setimpal berbanding pekerjaan yang lain. 

Difahamkan, ini kerana mangsa tidak menerima sebarang pembayaran gaji dalam tempoh bekerja ini. 

“Kalau kerja biasa selalunya satu jam rehat..sini cuma diberi masa 15 ke 20 minit saja..selepas itu suruh kerja semula. Makan pun diberi sehari sekali saja. 

“Kalau dulu pakai satu baju untuk satu hari, sekarang baju seminggu sebab nak basuh pun takut sabun habis. Nasib lah ubat gigi (barang kelengkapan diri) diberi pinjam,” ujarnya. 

Bagaimanapun, mangsa berkata, rata-rata mangsa di sana tidak pernah membangkitkan penderitaan yang dihadapi kepada satu sama lain. 

Katanya, ini kerana mereka dibimbangi akan menyampaikan perkongsian tersebut kepada sindiket sekali gus menyebabkan mangsa boleh dipukul dengan lebih teruk lagi. 

“Saya cerita sama-sama mereka nanti dia cerita dekat orang atas. Jadi, saya tak pernah cerita sebab takut lagi teruk (dipukul),” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya