Mangsa ketiga mangsa helikopter terhempas dibawa keluar -

Mangsa ketiga mangsa helikopter terhempas dibawa keluar

MANGSA helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas di Brinchang, Cameron Highlands hari ini. - UTUSAN/SAYED HESHAM IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Mangsa ketiga yang terselamat dalam kejadian helikopter terhempas di Brinchang di sini dibawa turun kira-kira pukul 6.34 petang tadi.

Selepas mangsa pertama iaitu seorang lelaki dibawa keluar dari lokasi nahas pada pukul 5.30 petang tadi, seorang wanita dipercayai doktor dibawa keluar pada pukul 6.16 petang.

Ini diikuti mangsa ketiga, seorang lelaki dipercayai kakitangan perubatan dibawa keluar pada pukul 6.34 petang.

Semua mangsa mengalami kecederaan.

Mereka dibawa menaiki ambulans untuk dihantar untuk rawatan di Hospital Sultanah Hajah Kalsom di sini. Tiga mangsa lain sedang dibawa keluar dari kawasan nahas oleh pasukan penyelamat.

Dalam kejadian tengah hari tadi, sebuah helikopter dinaiki enam kru termasuk seorang juruterbang dilaporkan terhempas di Brinchang.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.15 petang tadi melibatkan helikopter milik syarikat swasta yang membawa lima pegawai perubatan termasuk seorang doktor. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya