LHDN tarik rayuan tuntutan RM10.3juta terhadap Nooryana  - Utusan Malaysia

LHDN tarik rayuan tuntutan RM10.3juta terhadap Nooryana 

NOORYANA NAJWA NAJIB

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini menarik balik rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan di sini  berhubung saman bagi mendapatkan RM10.3 juta cukai pendapatan daripada Nooryana Najwa Najib.

Ketika dihubungi, peguam yang mewakili Nooryana, Wee Yeong Kang berkata LHDN berkata, tindakan LHDN itu bermakna kes yang sepatutnya berlangsung  di Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini tidak diteruskan.

“LHDN memfailkan notis penarikan Isnin lalu  (3 Oktober) yang menyebabkan rayuan dikeluarkan daripada senarai,” katanya. 

Oleh itu, Yeong Kang berkata, isu membabitkan LHDN dan Nooryana telah diselesaikan namun peguam itu enggan mendedahkan jumlah atau kaedah penyelesaiannya. UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN