Kediaman rasmi Menteri Besar Kedah disimbah cat merah biru

Kediaman rasmi Menteri Besar Kedah disimbah cat merah biru

TEMBOK kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon yang disimbah cat ketika tinjauan dilakukan di Jalan Anak Bukit, Pantai Johor di Alor Setar. -UTUSAN/MOHD RAFIE AZIMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Orang ramai yang melalui Jalan Anak Bukit, Pantai Johor di sini dikejutkan dengan cat berwarna merah dan biru yang dilempar ke pagar kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor. 

Tinjauan Utusan Malaysia di Seri Mentaloon mendapati, cat itu kebanyakannya mengenai sebahagian tembok kediaman tersebut.

Selain itu, cat berkenaan turut kelihatan di pintu pagar yang baru ditukar, pokok hiasan di belakang pagar serta lampu limpah yang menghala ke papan tanda berkenaan. 

Malah, tinjauan lanjut di lokasi itu turut menemukan plastik berisi cat merah. 

Setakat ini, belum dapat dipastikan siapa dalang di sebalik kejadian itu dengan pihak polis masih berada di lokasi bagi menjalankan siasatan. 

Para pegawai Menteri Besar yang dihubungi juga masing-masing belum dapat mengulas lanjut kerana mereka difahamkan turut baru sahaja dimaklumkan mengenai kejadian itu. 

Muhammad Sanusi ketika ini pula difahamkan berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi kerajaan negeri. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya