Kami mahu Azhar dicalonkan di Kuala Perlis’ elak kekalahan PRU

Kami mahu Azhar dicalonkan di Kuala Perlis’ elak kekalahan PRU14 berulang

KETUA dan wakil-wakil keseluruhan 24 UMNO cawangan Kuala Perlis dalam sidang akhbar berharap pucuk pimpinan memilih Datuk Azhar Ahmad sebagai calon BN di Kuala Perlis di Kuala Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Keseluruhan 24 cawangan UMNO Kuala Perlis mahu Datuk Azhar Ahmad iaitu pemimpin berpengaruh dan disenangi akar umbi di kawasan ini dipilih sebagai calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Perlis dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Dakwa mereka, jika calon lain diketengahkan bakal menyebabkan usaha Barisan Nasional (BN) untuk merampas Kuala Perlis menjadi lebih sukar dan kemungkinan tewas sekali lagi.

Ketua cawangan UMNO Kepala Batas, Kuala Perlis, Nazir Hassan yang mewakili cawangan-cawangan tersebut berkata, mereka berharap pucuk pimpinan dan perhubungan UMNO negeri mendengar hasrat akar umbi yang mahu Azhar dipilih sebagai calon selepas nama beliau tercicir dalam PRU14.

Katanya, kekalahan BN buat pertama kalinya dalam sejarah di Kuala Perlis dalam PRU14 adalah disebabkan kesilapan memilih calon dan mereka berharap perkara tersebut tidak berulang.

“Kami telah menghantar nama Azhar yang mendapat sokongan kuat akar umbi kepada perhubungan UMNO negeri untuk dibawa kepada pusat. Kuala Perlis jika nak menang, perlu menampilkan Azhar. 

“Azhar sudah lama bersama rakyat Kuala Perlis dan banyak membantu penduduk di sini. Kalau kita nak menang Kuala Perlis, janganlah ulangi lagi kesilapan meletakkan calon,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam PRU14, DUN Kuala Perlis dimenangi oleh calon PKR, Azam Karap yang menewaskan wakil BN, Datuk Azam Rashid dengan majoriti sebanyak 1,254 undi.

Azam Karap mendapat sebanyak 4,253 undi manakala Azam Rashid memperolehi 2,999 undi dan Muhamat Fuat dari Pas pula sebanyak 1,066 undi.

BN dijangka mengumumkan calon esok dan di Kuala Perlis nama Azhar yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kangar dikatakan tidak terpilih. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya