Johor kurang telur, mohon tambah bekalan - Utusan Malaysia

Johor kurang telur, mohon tambah bekalan

LEE TING HAN (dua dari kiri) meninjau harga barangan kawalan sempena pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali di Lotus Mutiara Rini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor akan memohon untuk menambah telur ayam ekoran kekurangan bekalan itu di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Lee Ting Han berkata, setiap minggu Johor merekodkan pengeluaran telur ayam sebanyak 10 juta biji membabitkan semua jenis gred.

Bagaimanapun, katanya, jumlah itu tidak mencukupi dan pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi mengatasi perkara tersebut.

“Dari segi bekalan telur ayam ini, jumlahnya adalah sama, iaitu lima juta bagi telur gred A, B dan C dan lima juta lagi adalah gred lain yang harganya bukan di bawah kawalan.

“Menerusi tinjauan juga, kuantiti telur ayam tidak mencukupi tetapi bekalan ada. Kita juga sedang mencari di mana pergi telur tersebut,” katanya selepas melancarkan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali di Lotus’s Mutiara Rini, semalam.

TELUR

Kelmarin, Ketua Setiausaha KDPNHEP, Datuk Azman Mohd. Yusof dilaporkan berkata, terdapat beberapa negeri berdepan isu kuantiti telur ayam tidak mencukupi antaranya Melaka, Johor dan Terengganu.

KPDNHEP turut memberi jaminan telur ayam mencukupi dan akan bekerjasama dengan MAFI menangani perkara berkenaan.

Mengulas lanjut, Ting Han berkata, KPDNHEP Johor akan menjalankan pemantauan bagi memastikan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan akibat kekurangan bekalan itu dengan menjual pada harga yang tinggi.

“Setakat ini, kita tidak menerima sebarang aduan mengenai isu itu. Kita minta rakyat dapat laporkan kepada KPDNHEP bagi penjualan telur gred A, B dan C yang di bawah harga kawalan,” katanya.

Mengenai tular dalam media sosial telur ayam tercemar mengandungi bakteria yang dikesan di Singapura dijual semula di Johor Bahru, pihaknya belum menerima aduan mengenai dakwaan tersebut. 

Sekiranya ada, aduan perlu dibuat kepada Kementerian Kesihatan (KKM) kerana yang menjaga kawal selia perkara ini adalah Jabatan Veterinar dan pihak KKM.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya