Individu positif Covid-19 dibenarkan mengundi - Utusan Malaysia

Individu positif Covid-19 dibenarkan mengundi

DR. NOOR Hisham Abdullah (tengah) melihat aktiviti pemeriksaan mata yang dijalankan sempena sambutan Hari Penglihatan Sedunia peringkat Kebangsaan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Individu yang positif Covid-19 dengan tahap kesihatan yang tidak kritikal akan dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kehadiran mereka akan dipantau ketat oleh kakitangan Kementerian Kesihatan yang akan bertugas di pusat-pusat mengundi di seluruh negara.

“Kakitangan kementerian juga akan menjadi sebahagian petugas PRU15 nanti untuk memastikan perjalanannya selamat dan lancar.

“KKM telah mengesyorkan beberapa cadangan untuk dimasukkan sebagai SOP pada PRU-15 kepada SPR dan ia akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

“Hanya pesakit Covid-19 bagi kategori satu dan dua sahaja yang akan dibenarkan pergi mengundi pada PRU-15 akan datang,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Penglihatan Sedunia peringkat kebangsaan di Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Antara SOP tersebut adalah pemakaian pelitup muka, pelindung muka dan penggunaan cecair pencuci tangan pembasmi kuman.

Dalam pada itu, beliau berkata, tiada sebarang larangan untuk mana-mana individu yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 untuk hadir mengundi pada PRU-15 nanti.

“Risiko jangkitan itu tetap ada walaupun kepada individu yang telah disuntik vaksin namun kesannya apabila dijangkiti sudah pasti berbeza.

“Mereka yang belum menerima vaksin, tahap keparahan jangkitan adalah lebih teruk berbanding individu yang telah lengkap divaksin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya