IKEA, Swedish House Mafia lancar koleksi baharu untuk pencipta

IKEA, Swedish House Mafia lancar koleksi baharu untuk pencipta muzik 

A. PATHMALINGAN (kiri) bersama seorang DJ ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi OBEGRÄNSAD di IKEA cawangan Batu Kawan, Pulau Pinang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN: Gedung perabot terkemuka, IKEA cawangan Batu Kawan di sini melancarkan produk baharu hasil kerjasama dengan kumpulan muzik ‘trance’ dari Sweden, Swedish House Mafia yang dikhususkan untuk semua karyawan dalam menghayati pengalaman muzik berkualiti hanya di rumah.

Pengurus IKEA Batu Kawan, A. Pathmalingam berkata, koleksi OBEGRÄNSAD itu dilancarkan serentak di setiap cawangan IKEA seluruh negara dengan mengetengahkan konsep studio dari rumah sesuai dengan gaya hidup masa kini.

Jelas beliau, koleksi OBEGRÄNSAD itu membolehkan pencipta dan pencinta muzik membina studio rumah yang ideal pada harga berpatutan. 

“Malah, ia menawarkan pelbagai penyelesaian dan aksesori kelengkapan rumah dan kini boleh didapati di semua gedung IKEA mulai 6 Oktober serta tersedia ada untuk pembelian dalam talian mulai 10 Oktober ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran koleksi OBEGRÄNSAD di IKEA cawangan Batu Kawan, di sini semalam.

Menurutnya, berilhamkan perspektif dari Swedish House Mafia dan perjalanan hidup peribadi mereka, koleksi tersebut menyokong usaha artistik mereka yang mencipta, membuat persembahan dan menikmati muzik di rumah.

Katanya, ia turut dipacu oleh kemajuan teknologi dalam pengeluaran muzik seterusnya diterjemahkan kepada penghasilan koleksi produk dengan rekaan terkini dan minimalis.

“Cetusan idea ini juga memberi inspirasi kepada komuniti kreatif yang semakin berkembang dalam industri muzik dan seni digital, selain mempunyai reka bentuk klasik menjadikan setiap produk serba guna dan dapat disesuaikan mengikut susunan rumah sedia ada,” katanya.

Pathmalingam menambah, koleksi OBEGRÄNSAD terdiri daripada lebih 20 pilihan kelengkapan rumah pintar untuk peminat muzik sama ada menghasilkan atau mempersembahkan muzik dalam persekitaran rumah.

Koleksi tersebut katanya, termasuk meja, unit rak, beg sandang, kerusi berlengan, selimut, sarung kusyen, selipar, beg aksesori, penyokong komputer riba, rak piring hitam (record stand) dan banyak lagi yang diinspirasikan sendiri oleh kumpulan muzik Swedish House Mafia. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya