PETALING JAYA: Sistem Unit Pengambilan Universiti (UPU) perlu diperbetulkan bagi memastikan pelajar cemerlang tidak tercicir daripada mendapat tempat di universiti awam atau kerajaan perlu mewujudkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS). Alasan 20 universiti awam penuh tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya Kementerian Pengajian Tinggi perlu tampil dengan pelan menyeluruh termasuk menjalin kerjasama dengan IPTS bagi menempatkan hampir 20,000 pelajar cemerlang yang tidak terpilih ke UA. Bercakap kepada Utusan Malaysia,…











