GTA umum calon PRU15 minggu depan -Tun M -

GTA umum calon PRU15 minggu depan -Tun M

MAHATHIR Mohamad bergambar bersama ahli GTA selepas taklimat khas di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Gerakan Tanah Air (GTA) akan mengumumkan senarai calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) minggu hadapan.

Pengerusi Penajanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagaimanapun enggan mengulas lanjut pembahagian kerusi berkenaan.

“Kita belum buat lagi, kita dah bincang tapi belum tetapkan kerusi. Kita akan umum minggu depan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sebelum ini, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15 ini dan ia satu-satunya kerusi diumumkan GTA setakat ini.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, calon GTA disahkan bebas jenayah dan tidak mempunyai kes di mahkamah selari konsep bersih, cekap dan beramanah.

Pada masa sama, Tun Dr Mahathir turut mendakwa tindakan kerajaan  mengadakan PRU15 ketika musim monsun adalah bagi mengurangkan jumlah peratusan keluar mengundi yang mana ia memberi kelebihan kepada UMNO.

“Kita akan cuba menentukan seberapa banyak daripada penyokong kita dapat keluar mengundi, tapi, tentu jadi masalah kerana kerajaan ini mempunyai jentera kerajaan untuk dimanipulasi,” katanya.

Ditanya adakah GTA akan mempertimbang kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada PRU15, Dr. Mahathir berkata, ia boleh dipertimbang jika parti itu sependapat dengan perjuangan GTA.

“Kita akan timbang tengok. Kalau mereka sependapat dengan kita dan tidak melanggar prinsip kita, mungkin akan ada kerjasama,” katanya.

Ditanya siapa musuh sebenar GTA pada PRU15 nanti, Dr. Mahathir menjelaskan, UMNO kekal sebagai musuh mereka.

“Kita bermusuh dengan UMNO kerana kalau UMNO menang, habis rosak negara kita. Kita sudah tahu latar belakang UMNO.

“Masa UMNO jadi kerajaan terutama di bawah Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, merekalah yang rosakkan UMNO dan negara,” katanya.

Jelasnya lagi, GTA pula tidak boleh menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) kerana orang Melayu tidak suka DAP.

“Kalau kita kerjasama dengan PH, mungkin kita akan hilang undi orang Melayu,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.