Covid-19: 2,762 kes positif; Selangor catat 964 kes -

Covid-19: 2,762 kes positif; Selangor catat 964 kes

JUMLAH kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital awam bagi kategori 1 dan 2 turut meningkat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,762 kes berbanding kelmarin, 2,136 kes sekali gus mengatasi 1,271 kes sembuh.

Kes positif baharu ini adalah hasil ujian saringan sebanyak 36,105 ujian dan menjadikan jumlah terkumpul kes di negara ini, sebanyak 4,890,437 kes. 

Berdasarkan laman web, https://data.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 964 kes diikuti Kuala Lumpur (709), Perak (217), Sabah (126) dan Pulau Pinang (104). 

Bagi negeri catat bawah 100 kes pula iaitu Negeri Sembilan (94), Sarawak (90), Melaka (82), Kelantan (75), Kedah (75), Pahang (68), Johor (60), Putrajaya (54) dan Terengganu (30).

Dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, sembilan kes dan Labuan, enam kes.

 Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 464 orang berbanding kelmarin, 386 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 47 kes berbanding jumlah kelmarin, 48 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 30 kes berbanding jumlah kelmarin, 27 kes. 

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan empat kes berbanding jumlah kelmarin, enam kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,462 kes. 

Manakala, dua kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,760 kes. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya