Cikgu Lan calon terbaik pertahan Jerantut

Cikgu Lan calon terbaik pertahan Jerantut

AHMAD NAZLAN IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Penyandang kerusi Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris masih calon terbaik dan boleh menang Barisan Nasional (BN) bagi mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah (gambar) berkata, Ahmad Nazlan pernah beberapa kali menyatakan tidak mahu bertanding kepada Pengerusi BN Pahang dan peringkat tertinggi UMNO Pusat dan ia turut diuar-uarkan dalam kalangan pemerhati politik di sini.

“Kita menolak hasrat (tidak mahu bertanding) yang disuarakan Ahmad Nazlan dan penuhilah harapan UMNO Bahagian Jerantut yang memerlukan perkhidmatannya untuk berdepan saingan sengit PRU15 kali ini.

“Ahmad Nazlan merupakan calon yang sesuai kerana rata-rata pengundi dari semua cawangan UMNO cukup mengenalinya dan kami yakin beliau mampu memastikan kemenangan Parlimen Jerantut pada PRU15,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Kampung Mat Kilau di sini semalam.

Ahmad Nazlan yang sinonim dengan panggilan Cikgu Lan sudah dua penggal sebagai Ahli Parlimen Jerantut setelah menang pada PRU13 mengalahkan calon Pas, Dr. Hamzah Jaafar dengan majo­riti 4,532 undi.

Pada PRU14, Cikgu Lan memperoleh 22,640 undi setelah mengalahkan calon Pas, Yohanis Ahmad (16,732 undi) dan calon PKR, Wan Mohd. Shaharir Wan Abdul Jalil (10,877 undi) dengan majoriti 5,908 undi.

Nazri berkata, berasaskan keputusan dalam dua PRU lalu, Ahmad Nazlan masih calon boleh menang pada PRU15 kerana auranya dan seorang berpengaruh yang mampu mengulangi kemenangan dengan peningkatan majoriti tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.