Cikgu Fadli tidak akan saman, mahu tenang-tenang - Utusan Malaysia

Cikgu Fadli tidak akan saman, mahu tenang-tenang

CIKGU Fadli bebas sebarang salah laku.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Guru Sekolah Kebangsaan (SK) (1) Gombak, Mohd. Fadli Mohamed Salleh akan meneruskan baktinya sebagai warga pendidik seperti biasa setelah Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan memutuskan beliau tidak bersalah susulan pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mohd. Fadli berkata, beliau juga tidak bercadang untuk mengambil tindakan saman kepada mana-mana pihak yang dikaitkan menyebabkan beliau berisiko dibuang kerja atau diturunkan pangkat.

Beliau yang bersyukur dengan keputusan itu berjanji untuk kembali mengajar seperti biasa.

“Saya hendak mengajar seperti biasa. Tidak mahu saman sesiapa. Nak tenang-tenang sahaja selepas ini dan teruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.

Kelmarin, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan memutuskan guru Matematik itu tidak bersalah susulan pendedahan mengenai kepincangan silibus pendidikan negara dan perkara itu dimaklumkan sendiri Mohd. Fadli menerusi Facebooknya kelmarin.

Menurutnya, beliau dibebaskan daripada tiga pertuduhan yang dikenakan ke atasnya sebelum ini menerusi sepucuk surat dihantar kepadanya.

Media sebelum ini me­laporkan, Mohd. Fadli meluahkan keluhannya di media sosial mengenai dirinya berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat selepas sering menegur berkaitan isu persekolahan.

Antara permasalahan yang dibangkitkan membabitkan silibus ‘kayangan’ tahun 1 terutamanya berkaitan subjek Matematik, jadual padat dan isu beg sekolah berat.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan warganet yang memberi sokongan kepadanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN