BN sasar menang 10 kerusi Parlimen di Kedah

BN sasar menang 10 kerusi Parlimen di Kedah

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU: Sekurang-kurangnya 10 kerusi Parlimen di Kedah menjadi sasaran Barisan Nasional (BN) untuk dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak sekali gus akan membantu gabungan itu membentuk Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sasaran itu tidak berlebih-lebihan kerana beliau sendiri yakin dengan kepimpinan dan jentera parti itu selain faktor swing state yang berlaku di Kedah sebelum ini.

“Kita tahu bahawa kita telah memenangi dua kawasan Parlimen di Kedah iaitu Baling dan Padang Terap. Ertinya kita menyasarkan sekurang-kurangnya lapan lagi dan satu tambahan (kerusi). 

“Kita tahu PRU14 telah berlaku satu tsunami politik, landskap politik itu telah berubah. Saya tidak fikir ianya berlebih-lebih. Lebih baik kita bercita-cita untuk sampai ke puncak gunung daripada kita bercita-cita hanya berada di kaki gunung.

“Akhirnya kita tidak akan pernah berada di kaki gunung sekali pun. Tetapi kalau kita bercita-cita di puncak gunung sekurang-kurangnya kita akan sampai ke pertengahan gunung,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran di Dataran Serdang, hari ini.

Yang turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Naib Presiden UMNO; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ahmad Zahid berkata, pilihan raya kali ini bukan sahaja sekadar ibu segala pilihan raya tetapi mencerminkan jatuh bangunnya BN khususnya UMNO Negeri Kedah yang bergantung kepada kerja keras pimpinan dan jenteranya.

Beliau berkata, kepimpinan telah mengarahkan agar pelancaran jentera di peringkat Parlimen terus diadakan oleh Pengerusi Penyelaras BN di kawasan masing-masing kerana mereka tidak mempunyai waktu uang cukup untuk menghadapi PRU-15. 

“Dalam masa yang singkat ini kita harus menggerakan seluruh tenaga dan jentera ke arah untuk mengekal dan merampas kerusi-kerusi yang tidak berada di tangan kita dan saya yakin semangat yang telah diperlihat oleh jentera akan terus disambut oleh pengundi termasuk yang bukan ahli mana-mana parti,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid memaklumkan BN akan menampilkan kira-kira 70 peratus calon muka baharu di seluruh negara pada pilihan raya kali ini bagi kerusi Parlimen dan peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dibubarkan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, BN tidak hanya bergantung semata-mata kepada pengundi daripada parti komponen BN sahaja malah akan turut memfokuskan kepada pengundi muda dan mereka yang pertama kali keluar undi.

“Kalau kita hanya bergantung kepada pengundi yang terdiri daripada parti atau komponen BN sahaja, maka kita tidak akan menang dengan cukup dominan tapi saya yakin jika pendekatannya juga memfokuskan kepada pengundi pertama kali iaitu antara 18 hingga 21 tahun dan mereka yang berada di atas pagar.

“Apa yang kita lihat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pengundi muda dan pengundi pertama kali ini memberi 70 peratus undi kepada BN,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya