BN cari kerusi sesuai buat Khairy - Tok Mat - Utusan Malaysia

BN cari kerusi sesuai buat Khairy – Tok Mat

MOHAMAD Hasan dan Khairy kelihatan berbincang selepas menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau di Seremban hari ini. UTUSAN/ NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN:  Barisan Nasional (BN) akan mencari kerusi Parlimen sesuai buat Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Khairy merupakan pemimpin muda yang berkaliber untuk negara dan BN tidak boleh kehilangan pemimpin seperti bekas Ahli Parlimen Rembau itu

“Kami tidak mahu bakat beliau itu hilang begitu sahaja. Kami cuba cari tempat yang sesuai untuk beliau bertanding pada PRU15.

“Alhamdulilah, kami di Rembau ni semangat kekeluargaan. Kami ni beradat kan, jadi kita beradat dalam teranglah, jadi tidak ada isu pasal  Rembau lagi,  insya-Allah,” katanya.

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Ketua UMNO Bahagian Tampin berkata demikian selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau di sini, hari ini.

Mohamad berkata demikian selepas diminta mengulas ucapan penggulungan Khairy yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembua yang memberi laluan kepadanya untuk bertanding di Parlimen Rembau pada PRU15 nanti. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.