Bentuk peribadi pelajar bersifat Perlis Centric - Raja Muda Perlis -

Bentuk peribadi pelajar bersifat Perlis Centric – Raja Muda Perlis

TUANKU Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kiri) berkenan bagi melawat salah seorang penerima agihan zakat MAIPs di Kampung Baru Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Golongan pelajar perlu dibentuk dengan karakter unggul bersifat Perlis Centric bagi memastikan mereka dapat melaksanakan perkara yang positif, proaktif dan mudah dipraktikkan dalam kehidupan seharian. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, antara contoh karakter pelajar negeri Perlis adalah dengan mengamalkan perbuatan seperti mengucap atau menjawab salam, mempraktis etika penggunaan tandas, amalan beratur, membersihkan sisa makanan dan pelbagai lagi.

Titah baginda, amalan bersifat Perlis Centric harus diamalkan secara standard di semua sekolah di negeri ini. 

“Karakter positif ini diharap akan dapat menonjolkan identiti umum pelajar Perlis yang lebih positif,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada asnaf terpilih di negeri ini di sini hari ini.

Menerusi pemberian itu, tiga orang asnaf, Mohamad Bahari,76, dan Som Muhamad, 81, dan Desa Mat Saman, 80, telah dipilih bagi menerima agihan wang tunai sebanyak RM700, beras dan bekalan makanan mentah.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Dalam pada itu, Tuanku Faizuddin bertitah, masyarakat Jepun turut menunjukkan kejayaan dalam menerapkan nilai murni apabila sistem pendidikan mereka lebih menumpukan kepada peribadi pelajar terlebih dahulu berbanding sukatan pelajaran formal diperkenalkan.

“Langkah ini memerlukan komitmen daripada semua pihak dan sewajarnya inisiatif untuk memperkenalkan karakter pelajar Perlis Centric wajar mendapat sokongan semua pihak,” titah baginda. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya