Bajet 2023 tidak ada makna jika Parlimen bubar - Pembangkang -

Bajet 2023 tidak ada makna jika Parlimen bubar – Pembangkang

SALAHUDDIN AYUB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan menyifatkan pembentangan Bajet 2023 tidak ada makna jika Parlimen dibubarkan minggu depan.

Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, bajet itu sepatutnya direalisasikan terlebih dahulu sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Adakah Bajet 2023 ini akan menjadi satu kenyataan kerana isunya adalah ketidakpastian bila Parlimen dibubarkan. Kalau benar bajet ini berorientasikan rakyat, ia mesti diizinkan untuk dibahaskan.

“Kami pembangkang telah berikan perjanjian melalui memorandum persefahaman (MoU) sebelum ini supaya ada masa cukup untuk Perdana Menteri membina kembali negara, bukan bergelut ataupun menerima tekanan daripada mana-mana pihak untuk Parlimen dibubarkan apatah lagi cuaca seminggu dua ini memang tidak menentu akibat monsun.

“Jadi, bajet ini tidak ada makna sekiranya Parlimen dibubarkan pada minggu depan,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya