PETALING JAYA: Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM305 juta untuk Orang Asli pada tahun hadapan menerusi Bajet 2023.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu bagi bantuan sosial dan meningkatkan taraf hidup Orang Asli.
“Peruntukan berkenaan akan memberi manfaat kepada Orang Asli diseluruh negara termasuk menerusi Program Pembangunan Usahawan Orang Asli,” katanya.-UTUSAN