PETALING JAYA: Kerajaan memperkenalkan Inisiatif e-Pemula M40 iaitu kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000 sekali gus akan memanfaatkan lapan juta individu.
Selain itu, menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, program ePemula iaitu kredit RM200 one-off ke dalam akaun e-dompet belia berumur 18-20 tahun dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.
Selain itu, beliau mengumumkan pemberian subsidi bil elektrik sehingga RM40 akan diperluas mengikut pendapatan garis kemiskinan (PGK) Makanan iaitu isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat semasa RM980 ke bawah. –UTUSAN