Bajet 2023 kebetulan menjelang PRU15 -Mahdzir -

Bajet 2023 kebetulan menjelang PRU15 -Mahdzir

kalis bagi sama
MAHDZIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG TERAP: Pembentangan bajet pada setiap tahun perlu dilakukan oleh mana-mana kerajaan yang memerintah dan ada kalanya diumumkan secara kebetulan menjelang pilihan raya umum (PRU).

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun sebahagian daripada pengisian Bajet 2023 adalah sama dalam manifesto UMNO, namun ia adalah urusan kerajaan.

“Bajet ini (urusan) kerajaan. Pilihan raya datang pada waktu mana genap sampai waktu dia (bubar), jadi, kebetulan ada bajet dibentang masa itu kerana bajet macam mana sekali pun kena buat tiap-tiap tahun.

“Sebahagian daripada yang diumumkan dalam Bajet 2023 memang daripada manifesto dalam parti, saya ingat lagi Perdana Menteri juga umumkan beberapa perkara yang ada dalam ini termasuk ketika Perhimpunan Agung UMNO,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Padang Terap di sini, hari ini.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO mengulas mengenai Bajet 2023 yang disifatkan sebagai manifesto Barisan Nasional (BN) bagi PRU15.

Kerajaan me­ngumumkan belanjawan terbesar dalam sejarah dengan pel­bagai insentif dan bantuan untuk hampir setiap lapisan ma­syarakat selain mempertahankan ekonomi ketika dunia berdepan kelembapan dan negara akan mengadakan pilihan raya umum tidak lama lagi.

Bajet 2023 menyaksikan Put­rajaya memperuntukkan RM372 bilion atau RM40 bilion lebih tinggi berbanding RM332.1 bi­lion yang diperuntukkan tahun lalu bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi yang dijangka menyederhana tahun hadapan.

Perbelanjaan mengurus kerajaan termasuk gaji kakitangan awam, pembayaran hutang, sub­sidi, bantuan dan operasi mem­perkasa jentera kerajaan mencapai RM272 bilion berbanding RM233 bilion tahun ini. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya