KOTA BHARU: Ejen jualan kosmetik Rosnazirah Mohd. Naim atau Azie, yang 17 hari menjadi mangsa culik dengan dilarikan ke Thailand pada 13 September lalu kembali ke pangkuan suami, anak dan keluarganya semalam. Azie, 36, tiba di rumah mentuanya di Jalan Kelochor di sini pada pukul 2.50 petang dengan diiringi Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun. Sebaik sahaja turun dari kereta, mangsa menangis sambil memeluk kedua-dua ibu bapanya, Mohd. Naim…











