Anak Shah Rukh Khan menang taekwondo

Anak Shah Rukh Khan menang taekwondo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seperti kebanyakan bapa lain apabila melihat kejayaan anak, sudah pasti satu ‘ciuman’ memberi seribu erti kepada mereka.

Ahad lalu, pelakon terkenal, Shah Rukh Khan dilihat memberikan ‘ciuman’ kepada anak lelakinya, Aryan Khan yang memenangi acara dalam taekwondo, lapor Indian Express.

Aryan bersama adiknya, Suhana Khan berguru dengan Kiran di akademi taekwondo di India.

Pertandingan tersebut turut disertai anak lelaki kepada pasangan Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan serta anak kepada pasangan Karisma Kapoor.

Pelakon utama Kabhi Khushi Kabhie Gham itu baru pulang ke Mumbai selepas selesai menjalani penggambaran filem Jawan di Chennai.

Shah Rukh Khan bakal kembali ke layar perak selepas sekian lama menyepi dalam bidang lakonan.

Antara filem yang bakal menggegarkan pawagam Bollywood adalah seperti Pathaan, Jawan dan Tiger 3 yang akan ditayangkan pada 2023.

Filem terbaru arahan Atlee Kumar yang turut dibintangi Nayanthara itu bakal menjengah pawagam di seluruh India dalam masa beberapa bulan akan datang.

Atlee atau nama sebenarnya, Arun Kumar adalah pengarah filem, penulis skrip dan penerbit terbaik dalam perfileman India.

Atlee pernah menjadi sutradara bagi filem Jawan (2023), Bigil (2019), Mersal (2017), Theri (2016) dan Raja Rani (2013).-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya