Abang kebumikan jasad adik yang tinggal tulang - Utusan Malaysia

Abang kebumikan jasad adik yang tinggal tulang

BARANGAN milik Allahyarham Mona Liza diserahkan pihak polis kepada ahli keluarga sebelum jasadnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kariah Juasseh, Kuala Pilah, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang abang akhirnya berjaya menyempurnakan jasad adik perempuannya yang hilang sejak Julai lalu selepas tulang dan tengkorak yang ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit disahkan sebagai milik adiknya itu.

Azizan Lani, 62, berkata, dia dan keluarga menyempurnakan pengebumian jasad adiknya, Mona Liza Lani, 58, yang merupakan seorang orang kurang upaya (OKU) di Tanah Perkuburan Kariah Juasseh di sini, malam kelmarin.

 Ia selepas pihak polis menyerahkan tulang serta tengkorak adiknya itu selepas Jabatan Kimia membuktikan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas sampel tulang dan gigi yang dijumpai di sebuah ladang kelapa sawit pada pertengahan bulan September lalu adalah milik adiknya  itu.

“Arwah selalu merajuk dan kerap menghilangkan diri, namun, berjaya ditemukan sama ada melalui bantuan polis mahupun penduduk setempat.

“Tetapi, kali ini adik menghilangkan diri dan hanya tulangnya sahaja yang ditemukan oleh pekerja ladang kelapa sawit yang hanya terletak kira-kira dua kilometer dari rumah di Kampung Juasseh Hilir,” katanya yang berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jasad adiknya itu.

Azizan yang merupakan pesara kerajaan berkata, dia mula sepenuhnya menjaga adik ketiganya itu sejak bapanya, Lani Tahir meninggal dunia lima tahun yang lalu.

Difahamkan, tulang-tulang Mona Liza ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit 13 September lepas kira-kira pukul 6 petang. Siasatan di lokasi menemui tengkorak dan beberapa tulang lain serta pakaian dan ubat-ubatan yang bertulis nama Mona Liza. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.