fbpx

Warga PDRM diminta lengkapkan diri menjelang PRU15

POLIS siap siaga menjelang PRU15

PETALING JAYA: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia perlu bersikap profesional dalam apa jua situasi selain melengkapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan datang. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, semua pegawai pemerintah dan petugas perlu mengambil cakna mengenai bidang kuasa diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan PRU kesalahan PRU 1954 dan lain-lain akta berkaitan.

Katanya, petugas perlu menjalankan tugas dgn profesional demi mengelakkan implikasi yang boleh mencalarkan kredibiliti pasukan dan kewibawaan kerajaan.

“Seiring perkhabaran pilihan raya bakal diadakan pada tarikh semakin hampir, maka, saya menyandarkan harapan yang tinggi kepada pegawai pemerintah dan petugas agar memahami akan tanggungjawab masing-masing.

“Bagi menghadapi perkara ini, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali telah dilantik sebagai Pengarah Operasi PRU-15.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan aset yang optimum dengan perancangan yang sistematik bagi memastikan PRU-15 berlangsung dengan aman selain mengekalkan keselamatan berjalan dengan baik,” katanya dalam perhimpunan bulanan di Ibu pejabat Polis Bukit Aman. 

Justeru, beliau juga mengeluarkan arahan pada 14 September lalu mengenai usaha memantapkan amalan kesantunan berbahasa dalam menjalankan tugas. 

Jelasnya,  pegawai polis perlu bijak mengawal emosi, menjaga tutur dalam profesionalisme untuk berhadapan mana-mana isu terutama bersifat provokasi. 

“Kita juga perlu telus menangani isu-isu melibatkan parti-parti politik agar pasukan ini dilihat institsusi kepolisan yg profesional. 

“Saya amat percaya, di bawah Hazani, semua jabatan akan digerakkan secara strategik untuk memelihara keselamatan dan ketenteraman awam bagi menghadapi pilihan raya,” katanya.-UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN