Top 5 UMNO mula mesyuarat - Utusan Malaysia

Top 5 UMNO mula mesyuarat

Top 5 UMNO telah mencadangkan tarikh tertentu sebelum musim tengkujuh untuk pembubaran Parlimen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima pemimpin tertinggi UMNO atau lebih dikenali sebagai ‘Top 5’ hari ini memulakan mesyuarat yang dipercayai berlangsung di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato Onn. 

Perkara itu dikongsikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi hantaran di Facebook, hari ini. 

“Sedang perbincangan Top 5 UMNO,” tulisnya.

Top 5 merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Mohamed Khaled serta Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sebelum ini, Perdana  Menteri memberi bayangan beliau akan pertemuan lebih awal bersama lima pemimpin tertinggi UMNO berhubung tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sebelum pembentangan Bajet 2023.

“Macam saya beritahu sebelum ini apa sahaja keputusan yang dibuat kita tunggu ‘top five’ UMNO bermesyuarat,” katanya.

Dalam pada itu, Majlis Tertinggi (MT) akan bermesyuarat bulan ini yang antaranya didakwa bagi membincangkan isu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya