Tiga laluan ditutup sempena sambutan Hari Malaysia

Tiga laluan ditutup sempena sambutan Hari Malaysia

CHRISTOPHER Patit menunjukkan peta laluan yang akan ditutup pada sambutan Hari Malaysia di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir, Melaka Jumaat ini. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak tiga laluan akan ditutup sempena sambutan Hari Malaysia yang akan diadakan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir di sini Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, laluan terlibat adalah Jalan Taman, Jalan Kota dan Jalan Parameswara bermula pukul 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam pada hari sambutan tersebut.

Bagaimanapun, menurutnya, laluan utama untuk masuk ke Banda Hilir iaitu Jalan Tun Khalil Yaakob kekal dibuka seperti biasa.

“Seramai 336 pegawai dan anggota akan bertugas sepanjang sambutan berkenaan bagi memastikan majlis berjalan lancar dan kelancaran kawalan trafik. 

“Anggota kita akan berada di setiap laluan masuk ke Banda Hilir serta seluruh kawasan tumpuan pelancong bagi menjamin keselamatan dan tiada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Christopher berkata, memandangkan sebanyak 20,000 kenderaan dijangka masuk ke Banda Hilir pada hari kejadian, pengunjung dibenarkan meletak kenderaan di sekitar Menara Taming Sari, Melaka Raya dan Pahlawan Walk.

Beliau turut meminta orang ramai meletakkan kenderaan di Pulau Melaka bagi mengelakkan kekurangan petak parkir di sekitar kawasan sambutan.

“Bagi mereka yang meletakkan kenderaan di Pulau Melaka, pihak penganjur menyediakan perkhidmatan bas Panorama yang akan berulang-alik secara percuma membawa pengunjung ke lokasi sambutan bermula pukul 5.00 petang hingga 1.00 pagi.

“Polis menasihatkan orang ramai yang ingin menyaksikan sambutan Hari Malaysia agar datang awal bagi mengelakkan berlaku kesesakan,” jelasnya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya