Tiada petunjuk dapat bantu siasatan kes culik ejen kosmetik -

Tiada petunjuk dapat bantu siasatan kes culik ejen kosmetik

ROSNAZIRAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Pihak berkuasa Thailand masih belum menemukan sebarang petunjuk yang boleh dikaitkan dalam operasi pencarian seorang ejen kosmetik wanita yang dilarikan sekumpulan lelaki dari rumahnya di Kampung Semat Jal, Tumpat, petang Selasa lalu.

Satu sumber mendedahkan, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikenali sebagai Azi, 36, dilihat sukar berikutan tiada sebarang maklumat terkini yang dapat membantu kes tersebut daripada keluarga wanita itu.

Menurutnya, bagaimanapun, pihak berkuasa Thailand masih menjalankan operasi termasuk melakukan pemeriksaan di tempat-tempat penginapan di dalam kawasan Narathiwat.

“Ada yang mendakwa mangsa dibawa masuk ke negara ini (Thailand) dengan menaiki bot selepas dilarikan sekumpulan lelaki di Tumpat.

“Kita tidak menolak kemungkinan wanita itu disembunyikan di lokasi atau daerah lain di Thailand kerana tiada sebarang petunjuk diperoleh di sekitar Narathiwat ketika ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut sumber itu, selain mencari mangsa, pihaknya turut mengesan suspek-suspek yang boleh dikaitkan dengan kes itu.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, pihak berkuasa Thailand menyerbu dua buah rumah di tepi Sungai Golok, dipercayai menjadi lokasi  seorang ejen kosmetik wanita disembunyikan selepas dilarikan dari rumahnya di Wakaf Bharu, Tumpat Selasa lalu.

 Bagaimanapun, kedua-dua buah rumah itu tiada penghuni semasa serbuan dijalankan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.