Tarikh PRU boleh ditetapkan, banjir tiada siapa tahu - Reezal

Tarikh PRU boleh ditetapkan, banjir tiada siapa tahu – Reezal

REEZAL Merican Naina Merican beramah mesra bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ketika melancarkan Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) di Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pilihan Raya Umum (PRU) boleh dilakukan pada bila-bila masa kerana tiada siapa yang mengetahui waktu berlaku yang tepat. 

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, saya yakin bahawa PRU tidak dapat dilaksanakan sekiranya berlakunya banjir kerana apa yang ada hanyalah ramalan. 

Beliau berkata, kejadian banjir boleh berlaku pada bila-bila masa tetapi tiada siapa tahu secara ramalan yang tepat. 

“Bagi mana-mana parti politik, adalah tidak lojik melaksanakan PRU ketika banjir, tetapi saya tegaskan, kita pun tidak tahu bila berlaku banjir. 

“Sebagai Menteri KPKT, keutamaan saya adalah menyiapkan bomba berdepan denga bencana seandainya berlakunya Monsun Timur Laut. Namun, sebagai ahli parti, saya akur malah saya bersiap sedia untuk kedua-dua keadaan,” katanya selepas menghadiri majlis Pelancaran Kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi menghadapi monsun timur laut di Ibu Pejabat JBPM di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas persediaan JBPM sekiranya PRU diadakan ketika musim banjir.

Sebelum ini, media melaporkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan parti itu sanggup meredah banjir untuk berkempen sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada akhir tahun ini yang mungkin banjir di beberapa tempat.

Reezal berkata, laporan Meteorologi Malaysia mengatakan Monsu Timur Laut berlaku pada September sehingga Mac 2023 tetapi bila berlakunya banjir.

“Disebabkan saya tidak tahu bila berlakunya banjir dan bila PRU diadakan maka saya perlu berada pada tahap kesiapsiagaan. 

“Malah pihak bomba bersiap sedia berdepan sebarang situasi sekiranya berlakunya banjir cuma kita tidak tahu ia akan berlaku ataupun tidak,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN