Tak wajib pakai pelitup muka di masjid, surau di KL, Putrajaya

Tak wajib pakai pelitup muka di masjid, surau di KL, Putrajaya dan Labuan mulai esok

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemakaian pelitup muka dalam masjid dan surau seluruh wilayah-wilayah persekutuan kini tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa mulai esok bersamaan dengan Jumaat, 30 September 2022.

Ini bermakna, para jemaah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak perlu lagi memakai pelitup muka sepanjang masa di masjid dan surau.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, keputusan itu menjunjung titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Selaras dengan ketetapan terkini kerajaan berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19, Jawi menetapkan bahawa pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau seluruh wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kini tidak lagi diwajibkan.

“Bagaimanapun, pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau masih digalakkan,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga tua serta kanak-kanak amat digalakkan untuk memakai pelitup muka.

“Marilah kita semua berusaha untuk mengimarahkan masjid dan surau pada setiap masa bersama-sama ahli keluarga dan jiran tetangga agar kesejahteraan masyarakat dan negara dapat dibina,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya