Suami isteri dera anak saudara direman seminggu -

Suami isteri dera anak saudara direman seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suami isteri direman seminggu bagi membantu siasatan selepas disyaki mendera dua anak saudara mereka yang diselamatkan dari sebuah kondominium di Taman Cahaya, Ampang, petang semalam.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Ampang Majistret Amalina Basirah Md Top yang membenarkan perintah reman bermula hari ini sehingga 23 September.

Media malam tadi melaporkan polis menahan pasangan suami isteri warga tempatan dipercayai terbabit dalam kes penderaan dua kanak-kanak di sebuah kondominium di Taman Cahaya, di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, individu yang ditahan adalah ibu saudara dan suaminya yang berusia 33 dan 29 tahun. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN