Suami diberhenti kerja akibat sering bercuti urus isteri, anak sakit -

Suami diberhenti kerja akibat sering bercuti urus isteri, anak sakit

ENGKU Zuria Azura Engku Mat Arif bersama Ruzman Hamid menunjukkan dokumen rawatan kesihatannya dan anak, Nur Aisya Humaira di Kampung Batu Enam, Dungun, Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Bagai jatuh ditimpa tangga. Itu situasi sukar yang dihadapi sebuah keluarga apabila diuji dugaan berganda apabila seorang suami kehilangan pendapatan apabila terpaksa menguruskan isteri dan seorang anaknya yang mempunyai masalah kesihatan.

Ruzman Hamid, 41, dari Kampung Batu Enam di sini tabah menemani isteri, Engku Zuria Azura Engku Mat Arif, 40, yang disahkan mengidap ketumbuhan pada rahang sejak tahun lalu.

Pada masa sama, anaknya Nur Aisya Humaira,13, pula mengidap hypo tiroid mendapatkan rawatan di Hospital Kemaman dan Hospital Dungun, hampir setiap minggu.

Engku Zuria Azura berkata, suaminya yang merupakan bekas seorang juruteknik di syarikat minyak dan gas diberhentikan kerja ekoran sering mengambil cuti untuk menguruskannya dan Nur Aisya Humaira.

Menurutnya, berikutan suaminya kehilangan punca pendapatan, mereka bukan sahaja kekurangan wang untuk meneruskan kehidupan malah, dia kadangkala terpaksa menunggang motosikal bersendirian kira-kira 60 kilometer ke Kemaman untuk mendapatkan rawatan ekoran tiada wang membaiki kerosakan dan mengisi minyak kereta.

“Kalau tak ada duit, saya tunggang sendiri motosikal, sementara suami terpaksa jaga anak di rumah sebab dua lagi anak saya masih kecil, berusia 11 dan tiga tahun.

“Pernah juga saya terpaksa ponteng rawatan terapi dan jumpa pakar sebab tak ada duit,” katanya ketika ditemui di kediamannya, di Kampung Batu Enam, di sini, hari ini.

Engku Zuria Azura berkata, mereka sekeluarga juga kini buntu apabila hanya menunggu masa untuk keluar dari kediaman tersebut selepas tidak mampu membayar tunggakan sewa rumah lebih tiga bulan berjumlah hampir RM2,000.

“Kami mempunyai sebuah kedai kotak, kami turut berniaga kecil-kecilan dengan menjual makanan pagi. Kadangkala dapat hampir RM50 sehari dan ada kalanya jualan tidak habis dan saya sedekahkan kepada orang ramai.

Sementara itu, Ruzman berkata, pelbagai cara telah dilakukan, untuk mencari pendapatan namun berikutan keadaan isteri dan anaknya yang bergantung kepada ubatan dan rawatan, menyebabkan dia tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya untuk bekerja.

“Berat ujian kami sekeluarga. Sebelum ini hanya anak yang sakit, kali ini, isteri saya pula yang sakit dan pelbagai dugaan datang satu persatu selepas saya diberhentikan kerja,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan bantuan kepada keluarga ini menerusi akaun Maybank Engku Zuria Azura 1561 6906 0050 atau menghubunginya di talian 010-3919534.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya