SPRM sudah selesaikan kertas siasatan Hakim Nazlan  - Utusan Malaysia

SPRM sudah selesaikan kertas siasatan Hakim Nazlan 

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sudah menyelesaikan kertas siasatan melibatkan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya kini hanya menunggu arahan yang akan diberikan oleh Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Dalam kes berkenaan, pada saya, kami telah selesaikan kertas siasatan, dan ia sudah berada dengan SPRM.

“Tetapi kami belum dapat mengumumkan apa-apa arahan lanjut yang kita terima dari Pejabat Peguam Negara. 

“Buat masa ini saya reserve my comment (enggan mengulas lanjut) dalam siasatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog bersama media dalam program Cakna Rasuah: SPRM Bersama Media Zon Utara di sini hari ini.

Sebelum ini Azam berkata, kertas siasatan itu pernah dihantar kepada Pejabat Peguam Negara sebelum dipulangkan semula kepada SPRM untuk siasatan lanjut.

SPRM sebelum ini dilaporkan membuka kertas siasatan terhadap Mohd. Nazlan, susulan laporan polis menafikan tuduhan dibuat penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaan terdapat sejumlah wang yang tidak dapat ditentukan punca di dalam akaun bank hakim itu.

Mohd. Nazlan yang mengetuai perbicaraan kes SRC International membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan, Najib berhujah yang mana Mohd. Nazlan mempunyai konflik kepentingan yang serius ketika menghakimi pembicaraannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.