Sindiket didakwa tawar habuan AS$2 juta jika dapat tangkap rakyat

Sindiket didakwa tawar habuan AS$2 juta jika dapat tangkap rakyat Malaysia lolos 

HISHAMUDDIN HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sindiket penipuan kerja didakwa menawarkan wang habuan kira-kira dolar AS$2 juta (RM9.1 juta) bagi menangkap rakyat Malaysia yang berjaya meloloskan diri di Laos.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim mendakwa, sindiket itu menawarkan habuan tersebut kepada warga tempatan jika dapat menangkap beberapa rakyat Malaysia yang melarikan diri daripada kawasan segi tiga emas dipercayai tempat mereka dikurung. 

“Setakat ini, seramai 10 rakyat Malaysia yang berjaya meloloskan diri daripada kurungan sindiket dan mendapat perlindungan pihak kedutaan kita di sana. 

“Mereka terpaksa mengorek lubang daripada kawasan tersebut, namun, masih ramai lagi dipercayai terperangkap di kawasan tersebut dengan dipaksa melacur, dijual organ serta dipaksa menipu orang,” katanya kepada pemberita ketika menyerahkan memorandum di hadapan Kedutaan Laos di Jalan Damai di sini hari ini. 

Sementara itu, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meminta mangsa sindiket penipuan yang berjaya diselamatkan diminta membuat laporan polis bagi pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung dakwaan penglibatan rakyat tempatan dalam jenayah itu. 

Beliau yang juga penasihat MHO percaya terdapat rakyat tempatan yang menjadi ejen untuk merekrut mangsa untuk bekerja ke luar negara.

“Mangsa diminta lapor pada polis jadi pihak bihak berkuasa boleh siasatan dakwaan ini. 

“Ini merupakan jenayah yang serius. Jangan takut, kita akan lindungi dan memastikan keselamatan mereka (mangsa) terjamin,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.