Siapa nak kerjasama dengan PH, pergilah - Idris

Siapa nak kerjasama dengan PH, pergilah – Idris

IDRIS Ahmad menyampaikan sumbangan bantuan kepada mangsa banjir di Dewan Air Kuning, Changkat Jering di Bukit Gantang, Perak, hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG:  Pas tetap dengan pendirian enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) atau mana-mana komponen PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, perkara itu sudah ditegaskan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas semalam.

“Kalau siapa yang nak pergi bekerjasama dengan mereka (PH) pergilah, kita tak larang, itu sikap kita. Pas hanya mahukan perpaduan dan penyatuan ummah,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang tunai kepada 11 mangsa banjir di Dewan Air Kuning, Changkat Jering di sini hari ini.

Ditanya sama ada Pas akan bertanding solo jika PN bekerjasama dengan PH, Idris berkata, perkara itu ditentukan Pas Pusat.

“Kita akan tunggu berita selanjutnya tentang perkara itu. Kita tidak boleh buat keputusan secara pandangan peribadi, dalam hal ini, ia memerlukan perbincangan di peringkat Pusat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN