RUU Perkhidmatan Parlimen dibentang November ini  -

RUU Perkhidmatan Parlimen dibentang November ini 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Draf Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen dijangka boleh dilengkapkan dan dibentang kepada Majlis Parlimen pada bulan November ini.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim menjelaskan, setakat ini, Jabatan Peguam Negara dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) masih dalam proses penyediaan draf undang-undang tersebut.

“Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen yang disediakan termasuk Rang Undang-Undang Perkhidmatan Parlimen, pindaan ke atas Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 serta Kod Etika Ahli Parlimen.

“Pihak Jabatan Peguam Negara dan BHEUU masih sedang menyediakan Draf RUU Perkhidmatan Parlimen dan penyediaan draf tersebut juga dipantau oleh Jawatankuasa Transformasi Parlimen dari semasa ke semasa.

“RUU itu dijangka akan dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Majlis Parlimen Keempat Belas bulan November ini,” katanya.

Menurut Rais lagi, perbincangan berkaitan penyediaan draf RUU itu telah diadakan ketika mesyuarat khas berkenaan Transformasi Parlimen yang dipengerusikan oleh Rais di Blok Utama Parlimen Malaysia semalam.

Tambahnya, dalam mesyuarat tersebut dimaklumkan bahawa proses Transformasi Parlimen pada ketika ini sedang berjalan lancar.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ketua Pengarah BHEUU di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abd Syukor Mahmood serta wakil dari Jabatan Peguam Negara. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya