‘Pusat khidmat pun saya buka tepi pantai' - Utusan Malaysia

‘Pusat khidmat pun saya buka tepi pantai’

R. Ramanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Penerangan PKR I, Datuk R Ramanan tidak menolak kemungkinan untuk bertanding di Parlimen Port Dickson pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, hasrat itu akan diteruskan jika kerusi berkenaan dikosongkan presidennya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya boleh jawab dah saya kerusi mana, kalau Datuk Seri jawab macam itu, saya confirm lah PD.

“Pusat khidmat pun saya buka tepi pantai,” selorohnya sebagai respons terhadap penegasan Anwar yang akan bertanding di kerusi ‘pengkhianat’ dalam program Sembang Kencang anjuran Kelab Wartawan KLS di Hotel Hilton, semalam.

Terdahulu, Anwar berkata, beliau akan bertanding di Parlimen Gombak pada PRU15 yang kini disandang bekas timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau sedang mempertimbangkan beberapa kerusi lain, bagaimanapun keputusan muktamad belum lagi diputuskan.

Mengulas kenyataan Ramanan itu, Anwar turut berkata cadangan Ramanan itu perlu dimuktamadkan Presiden parti terlebih dahulu.

“Itu cadangan dia, keputusan muktamad presiden,” seloroh Anwar lagi.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Anwar menang besar dengan majoriti 23,560 undi, sekali gus menewaskan enam pencabarnya yang lain.

Beliau pada ketika itu layak bertanding dalam PRK Parlimen Port Dickson selepas mendapat pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada 16 Mei lepas 2018.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya