PRU15: Radzi Sheikh Ahmad, Azmi Khalid bertanding Parlimen

PRU15: Radzi Sheikh Ahmad, Azmi Khalid bertanding Parlimen Kangar, Padang Besar?

ABU BAKAR HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri tidak menolak kemungkinan mengenengahkan dua tokoh politik terkenal iaitu Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad dan Tan Sri Azmi Khalid sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Perlis.

Jika menjadi kenyataan, kemunculan semula dua nama besar yang juga bekas Menteri Dalam Negeri itu di Parlimen Kangar dan Padang Besar sekali gus bakal memberi cabaran sengit kepada Barisan Nasional (BN).

Radzi Sheikh Ahmad,80, yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO menguasai Parlimen Kangar pada PRU 1982, 1986, 2004 dan 2008.

Azmi, 82, yang juga bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pula menguasai Parlimen Padang Besar selama empat penggal berturut-turut dari 1995 sehingga 2008.

Selain dua tokoh itu, Bersatu negeri juga tidak menolak kemungkinan mengenengahkan calon yang merupakan bekas wakil rakyat seperti Datuk Seri Diraja Syed Razlan Putra Jamalullail juga bekas Ahli Parlimen Arau.

“Insya-Allah, kita akan ketengahkan tokoh-tokoh ini. Kita juga pernah menyuarakan cadangan tersebut kepada mereka (bertanding). Tan Sri Radzi, Azmi sesuai di Parlimen dan Insya-Allah boleh membantu kemenangan kita,” kata Ketua Badan Pimpinan Bersatu negeri, Abu Bakar Hamzah ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, Abu Bakar berkata, Bersatu dan Pas menerusi Perikatan Nasional (PN) yakin merampas Perlis daripada BN dalam PRU15.

Katanya, selain Guar Sanji dan Sanglang yang berkemungkinan kekal dikuasai Pas, Bersatu hanya memerlukan kemenangan di sekurang-kurangnya enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRU15 bagi membentuk kerajaan di negeri ini.

“Antara kawasan yang kita sasar menang seperti di Kuala Perlis, Kayang, Bintong, Sena, Pauh dan Titi Tinggi,” katanya.

Tambah Abu Bakar, Bersatu negeri yang menyasarkan bertanding tujuh atau lapan kerusi DUN bakal mengenengahkan calon anak tempatan daripada pelbagai lapisan umur yang sudah pastinya dekat dengan jiwa rakyat.

“Bersatu akan terus mempertahankan sebagai sebuah parti yang bersih dan terus memerangi salah guna kuasa dan rasuah selain melaksanakan pentadbiran yang baik,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya di mana beliau akan bertanding dalam PRU15, Abu Bakar tidak menolak kemungkinan bertanding di Kuala Perlis iaitu kerusi yang kini disandang oleh PKR. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya