Isu culik kanak-kanak: Polis buat rondaan dan pemantauan

Isu culik kanak-kanak: Polis buat rondaan dan pemantauan berkuat kuasa hari ini

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Polis menjalankan rondaan dan pemantauan di sekolah-sekolah serta kawasan tumpuan di seluruh negeri ini bagi ‘meredakan’ kebimbangan dalam kalangan ibu bapa terhadap keselamatan anak-anak mereka susulan tular pesanan WhatsApp mendakwa hampir berlaku penculikan di hadapan sebuah sekolah di Gua Musang. 

Pemangku Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, rondaan berkuat kuasa hari ini itu dilakukan pada waktu puncak termasuk ketika murid pulang dari sekolah iaitu tengah hari dan petang.

“Walaupun kejadian semalam bukanlah kes culik, tetapi masih ada unsur-unsur ke arah itu. Jadi kita mengambil serius perkara ini.

“Oleh itu,semalam, saya mengarahkan semua anggota di setiap daerah untuk membuat rondaan termasuk menggunakan pegawai polis yang ditugaskan untuk  menjadi pegawai perhubungan sekolah,” katanya ketika ditemui pada Program Polis Komuniti di Masjid As-Syakirin Mukim Kelewek di sini hari ini.

Utusan Online melaporkan, dua murid dipercayai hampir menjadi mangsa culik kepada dua lelaki dalam kejadian di hadapan sebuah sekolah di sini, dalam tempoh dua hari berturut-turut  minggu ini.

Muhamad Zaki memberitahu, pengawal keselamatan yang ditugaskan di sekolah digesa melaporkan segera kepada pihak polis sekiranya melihat sebarang keadaan yang mencurigakan.

Katanya, pada masa yang sama polis turut menasihatkan ibu bapa agar menghantar dan mengambil sendiri anak-anak di sekolah.

“Sekiranya ternampak apa-apa mencurigakan, masing-masing perlu memainkan peranan untuk sama-sama menjaga keselamatan anak-anak,”ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya