PN pujuk Pas lupakan hasrat guna logo parti sendiri  -

PN pujuk Pas lupakan hasrat guna logo parti sendiri 

HAMZAH Zainudin (kanan) di samping Muhammad Sanusi Md. Nor bermesra dengan tetamu yang hadir pada Majlis Amanat Setiausaha PN di Alor Setar, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) memberi bayangan bahawa keinginan Pas terutama di negeri bawah kuasa parti itu untuk menggunakan logo sendiri berkemungkinan tidak kesampaian.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya berharap rakan gabungan itu, Pas terutama di Kedah memilih untuk menggunakan logo PN dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya nak maklumkan bila saya bersama dengan rakan-rakan daripada Pas dalam kerajaan saya tengok depa (mereka) ini baik-baik belaka, saya ucapkan tahniah. 

“Jadi, bila saya sudah kata macam itu, jangan fikir lain lagi, ini logo PN kena tukarlah. Pasai apa? Nanti orang ingat colour (warna) sama (Barisan Nasional). Colour sama logo lain.

“Logo depa dacing. Bila pilihan raya, gambar yang keluar dacing. Kita? Bila mengundi esok yang keluar, saya nak bagi tahu. Kitalah satu-satunya parti yang tulis penuh ‘Perikatan Nasional’. Dari zaman merdeka sampai sekarang ada lagi ka pengundi yang tak reti baca,” soalnya ketika berucap pada Majlis Amanat Setiausaha Agung PN, di sini malam tadi.

Pas Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum ini bercadang untuk menggunakan logo parti itu di negeri masing-masing pada PRU15. 

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dalam Muktamar Pas Ke-68 awal bulan lalu berkata, sejumlah besar perwakilan bimbang dengan logo PN yang berwarna biru itu kerana menyamai warna logo BN.

Berucap lanjut, kata Hamzah, logo PN tersebut wajar dipertahankan oleh parti dalam gabungan tersebut sebagai tanda persepakatan dan kekuatan mereka menghadapi PRU15.

“Kita nak pertahankan benda (logo) ini.  Itulah untuk kita sampai bila sudah menang esok, sudah berkuasa, pada masa itu, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Sanusi akan turun dari kampung ke kampung tunjuk, ini logo baharu kita.

“Kita lancarkan dari kampung ke kampung, semua orang kampung, kita bagi macam-macam kat depa. Masa ini kita jangan lupa sebab nak senangkan logo kepada rakyat bawah. Esok-esok depa tanya logo siapa pula ini? Jadi Pengerusi PN Kedah, tolong pertahankan logo PN,” katanya.

Tambah Hamzah, PN mempunyai gabungan parti yang kukuh terutama dalam kalangan Pas yang mampu memberi tentangan hebat kepada BN dalam PRU15 kelak.

Katanya, BN termasuk UMNO sukar bangkit semula menawan rakyat kerana mereka sebagai parti besar yang ‘jatuh’ seperti parti di negara lain ketika PRU sebelum ini termasuk di Indonesia dan Turki.

“Apa pun depa (BN) buat biarlah, rakyat tahulah, cukup-cukuplah. Dahulu di Indonesia parti yang paling besar sebelum merdeka sampai sekarang, hari ini parti itu (Golkar) masih besar tetapi tak boleh memerintah dah.

“Di Turki sama. Saya yakin itulah yang kita mampu lakukan walaupun kita baru bergabung dengan Pas parti yang dilihat oleh rakyat penuh berintegriti ini akan terus memerintah bukan dua tiga tahun tetapi selama-lamanya,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.