Permohonan sertai BN, PBM tunggu pengumuman rasmi

Permohonan sertai BN, PBM tunggu pengumuman rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Parti Bangsa Malaysia (PBM) menunggu pengumuman rasmi daripada Barisan Nasional (BN) berhubung permohonan PBM untuk menyertai gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden penaja parti itu, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya telah mengadakan beberapa pertemuan dengan kepemimpinan BN dan setakat ini respon mengenai perkara tersebut adalah positif.

“Kami ada beberapa pertemuan dengan kepemimpinan BN, respon positif dan kami cuma menunggu pengumuman rasmi,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui sempena Majlis Pelancaran Nurseri dan Perasmian Perladangan Komuniti di Plus Intervest Sdn. Bhd. Batu Kikir, di sini hari ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, BN masih memperhalusi permohonan PBM dan beberapa parti politik lain untuk menjadi komponen di dalam gabungan itu.

Beliau menambah, keputusan sama ada meluluskan permohonan parti itu diumumkan kemudian.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai persiapan PBM dalam menghadapi PRU15, Zuraida memaklumkan, PBM sudah membuat perancangan sebaiknya.

“Kami tetap dengan perancangan asal dan akan menunggu masa (pelaksanaannya),” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×