Tuduhan gangguan seksual Ebit Lew, perbicaraan hari kedua

Perbicaraan tuduhan gangguan seksual Ebit Lew bersambung hari ini

EBIT Lew tiba bagi perbicaraan hari kedua di Mahkamah Majistret Tenom hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Perbicaraan hari kedua kes gangguan seksual pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim,37, disambung pagi ini.

Ebit tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini, kira-kira pukul 10.15 pagi untuk menghadiri perbicaraan yang berlangsung bermula semalam sehingga 30 September.

Beliau tiba dengan berpakaian kameja merah gelap berseluar hitam dan berkopiah putih menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser berwarna hitam bersama beberapa kenderaan pengiring.

Semalam, pihak pendakwaan memanggil saksi pertama iaitu penceramah motivasi Mohd. Fairuz Abu atau lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi.

Ebit berhadapan 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah ini antara Mac hingga Jun 2021.

Justeru, beliau didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan

Dakwaan terhadap Ebit itu dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021.  –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya