Penganjur protes ‘Nyawa Dulu Baru PRU’ akan dipanggil - Site

Penganjur protes ‘Nyawa Dulu Baru PRU’ akan dipanggil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis akan memanggil penganjur demonstrasi membantah Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di hadapan pusat beli-belah Sogo dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya mengenal pasti penganjur protes dan akan memanggil mereka untuk direkodkan kenyataan mereka secepat mungkin.

“Bagaimanapun, tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa demonstrasi itu.

“Polis membuka siasatan di bawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, satu protes dianjurkan Parti Ikatan Demokratik (Muda) bagi membantah desakan mengadakan PRU15 semasa musim banjir.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya