Pendaki terduduk, pegang dada sebelum mati  - Utusan Malaysia

Pendaki terduduk, pegang dada sebelum mati 

SEORANG lelaki disahkan meninggal dunia ketika melakukan aktiviti mendaki Bukit Haji Yusuf, Tikam Batu di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki meninggal dunia ketika mendaki Bukit Haji Yusuf di Kampung Berapit di Tikam Batu, di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu kira-kira pukul 11 pagi.

Menurut beliau, mangsa Azlan Ahmad, 45, yang bekerja di Penang Port, Pulau Pinang dan tinggal di Kampung Alor Bemban di sini, ke lokasi terbabit untuk melakukan aktiviti itu secara berseorangan pada pukul 7 pagi.

“Sewaktu menuruni bukit itu kira-kira pukul 11 pagi, saksi yang juga pendaki lain nampak mangsa mangsa  duduk kepenatan sambil memegang dadanya.

“Saksi itu kemudian turun ke kaki bukit untuk meminta bantuan rakan pendaki lain dan apabila kembali semula ke lokasi didapati mangsa telah terbaring tidak sedarkan diri,” katanya.

Menurut Zaidy, saksi kemudian menghubungi ambulan dan mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan yang tiba ke lokasi kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dan keputusan hasil ujian saringan mendapati mangsa  positif Covid-19.

Jenazah kemudian dihantar untuk bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Kata Zaidy, semakan awal dengan adiknya mendapati mangsa tidak mempunyai masalah kesihatan penyakit kronik walaupun pernah disahkan sebagai positif Covid-19 sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.