Pemuda BN zahir sokongan untuk PM - Utusan Malaysia

Pemuda BN zahir sokongan untuk PM

AMIN MOHD. SHUKOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemuda-pemuda Barisan Nasional (BN) menzahirkan sokongan penuh buat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor, Amin Mohd. Shukor berkata, apa-apa usaha yang membawa kepada pengukuhan parti akan disokong secara penuh.

“Pertamanya kita nak menyatakan dan menzahirkan secara jelas serta terang tentang segala usaha yang terbaik, khususnya kepada BN dan juga parti mahupun kerajaan.

“Apa kita buat ni sepanjang usaha ataupun tindakan yang melibatkan kekuatan dan keharmonian, kita akan sokong 100 peratus,” katanya kepada pemberita semasa majlis pelancaran jentera pemuda BN di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.

Amin berkata, pemuda akan terus menyokong Ismail Sabri yang juga Naib Presiden parti itu untuk meneruskan kesinambungan sebagai Perdana Menteri.

“Seluruh kepemimpinan yang hadir datang daripada seluruh pelusuk negara, kita nak menzahirkan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Keluarga Malaysia untuk meneruskan kesinambungan yang ada.

“Kita percaya dan yakin bahwa usaha dibuat hari ini oleh kerajaan adalah usaha yang baik untuk rakyat dan perlu diteruskan,” ujarnya.

Sementara itu, Amin yang juga yang juga Ketua Pemuda UMNO Damansara turut menzahirkan sokongan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

“Ahmad Zahid antara peneraju terbaik bersama Ismail Sabri bagi memikirkan perkara terbaik dan inisiatif serta naratif terbaik untuk rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya.

Tambahnya, pemuda BN menentang segala usaha yang mampu memecah-belahkan dan mendatangkan ketidaharmonian kepada parti.

“Pemuda juga ingin menyatakan sebarang usaha-usaha yang boleh memecah-belahkan keharmonian dan mengakibatkan keretakan atau usaha-usaha mengadu domba oleh mana-mana pihak atau entiti untuk menghadapi PRU15.

“Sebab paling penting hari ini kita perlu kekal harmoni, kerana yang utamanya adalah menjaga kepentingan rakyat selepas pandemik dan endemik yang berlaku sebelum ni,” ujarnya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN