Pelajar sekolah maut lemas dalam kunci air di Shah Alam

Pelajar sekolah maut lemas dalam kunci air di Shah Alam

SEORANG anggota polis sedang menjalankan siasatan terhadap mangsa di Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam, Selangor hari ini-UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pelajar sekolah meninggal dunia selepas lemas dalam kunci air di Kampung Bukit Lanchong, di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa, Wan Mohamad Hafiq Wan Ismai, 13, lemas setelah dipercayai cuba mengambil bola yang hanyut di dalam kunci air itu, petang semalam.

“Kami menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 4.56 petang semalam daripada orang awam.

“Lapan orang anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 5.29 petang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada mulanya kata Norazam, anggotanya memulakan operasi pencarian dengan mencari mangsa di seluruh kawasan permukaan kunci air itu, namun mangsa tidak ditemui.

Justeru itu menurutnya, beberapa anggota daripada Pasukan Pencari Dalam Air (PPDA) JBPM Selangor telah dikerahkan untuk mencari Wan Mohamad Hafiq di dalam air.

“Operasi pencarian pada hari ini bermula pukul 8 pagi dengan menggunakan dua buah bot.

“Akhirnya, mayat mangsa ditemui pukul 8.21 pagi, kira-kira dua kilometer (km) daripada tempat mangsa cuba mengambil bolanya,” ujarnya.

Norazam berkata, mayat mangsa telah diserahkan kepada pasukan polis bagi tindakan selanjutnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya