Pas bersedia hadapi PRU15 tanpa BN-UMNO -

Pas bersedia hadapi PRU15 tanpa BN-UMNO

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (tiga dari kiri) bersama Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pada majlis amanat di Alor Setar, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Pas bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di sebalik kemelut melibatkan kerjasama di antara parti itu dengan Barisan Nasional (BN) atau UMNO sebelum ini.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, jentera parti berada pada tahap terbaik untuk menghadapi PRU bila-bila masa sahaja bersama gabungan Perikatan Nasional (PN).

Tambah Menteri Besar itu, Pas sentiasa mengambil sikap terbuka dalam membincangkan kerjasama dengan BN atau UMNO termasuk kesediaan menerima penolakan parti itu yang dianggap tidak menjejaskan jentera parti.

“Nak kawan ka tidak, kita tak tau tetapi sekilas ikan di air kita sudah tahu jantan betina. Jadi sekali mereka (BN) bercakap kita sudah tahu nak kawan ka nak lawan.  

“PN? Alhamdulillah sudah bersedia sepenuhnya dari atas ke bawah di peringkat negeri walaupun belum lancar secara rasmi jentera PN Kedah seperti mana seperti Terengganu. 

Selepas ini, pada 9 Oktober pelancaran PN Perak dan kemudian itu di Kedah tarikh daripada Pengerusi PN pada masa kelapangan beliau,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Setiausaha Agung PN di sini malam tadi.

Pas dalam kenyataan terbaharu melalui Mursyidul Amnya, Datuk Hashim Jasin hari ini menegaskan parti itu akan meneruskan usaha ke arah penyatuan bersama UMNO sekali pun gagal berbuat demikian pada PRU15.

Muhammad Sanusi menambah, pihaknya berkeyakinan bahawa tanpa kerjasama dengan BN itu dalam PRU15, Pas akan terus mendapat mandat daripada pengundi kerana kekuatan PN.

“Pada masa ini parti yang bergabung membentuk PN sedang mengukuhkan jentera pilihan raya masing-masing. Semua parti bentuk PN siap sedia sepenuhnya. Kita akan hasilkan jentera PRU yang terkuat untuk hadapi sesiapa sahaja.

“Bila semua parti sedia, gabungan kita akan hasilkan jentera ketumbukan yang kuat untuk kita hadapi sesiapa saja dalam PRU15. Pas tidak ada isu di Kedah kita tidak amalkan rasuah, balaih (ambil) duit dan buat kerja buruk. Saya selalu pastikan Exco, wakil rakyat, Ahli Majlis kita buat kerja. Jangan merapu,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya