Muktamar Pas: Jemput pemimpin UMNO tapi mereka tidak hadir - Utusan Malaysia

Muktamar Pas: Jemput pemimpin UMNO tapi mereka tidak hadir

umno
SUASANA Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas Pusat Ke-68 di Kompleks Pas Kedah hari ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Tidak ada seorang pemimpin UMNO hadir pada Muktamar Pas Ke-68 walaupun dijemput sejak Muafakat Nasional (MN) dimeterai pada 2019.

Ini berbeza dengan muktamar terdahulu apabila pemimpin UMNO hadir muktamar di Kuala Nerus, Terengganu pada 2018 dan muktamar di Kuantan, Pahang pada 2019.

Muktamar 2020 diadakan secara ringkas dan disiarkan secara maya di Pengkalan Chepa, Kelantan kerana kekangan Covid-19 manakala muktamar tahun lalu, UMNO tidak dijemput.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bagaimanapun mengesahkan partinya menjemput UMNO kali ini.

“Saya mengesahkan kita menghantar jemputan kepada semua pimpinan UMNO daripada presiden sampai ke Majlis Kerja Tertinggi.

“Tetapi tidak dijawab mereka dan tidak hadir,” katanya dalam sidang media Muktamar Pas Ke-68 hari ini.

Di sebalik keengganan UMNO hadir pada muktamar kali ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tetap tidak berputus asa terhadap kerjasama antara kedua-dua parti itu.

“Kita berpegang kepada prinsip asal antara Pas dan UMNO. Masa kita tubuh MN, kita bersetuju termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia, termasuk mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang nak ikut serta..kita terima.

“Kita masih berpegang kepada perjanjian asal, Pas berpegang kepada itu,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN